
Tajwid
Dari segi BAHASA:
Memperelokkan sesuatu
Dari segi ISTILAH:
Ilmu mengenai membaca Al-Quran dengan elok dan sempurna berdasarkan hukum-hukum
yang telah ditetapkan.
Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah.
Manakala hukum membaca dengan bertajwid adalah fardhu ‘ain.
Dalilnya
Firman
Allah SWT:

[Surah
Al-Muzammil 73:4]
Ertinya: Dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan/tartil (bertajwid)
Firman Allah SWT pada ayat yang lain:

[Surah
Al-Furqaan 25:32]
Ertinya: Dan Kami telah bacakan (Al-Quran itu) kepada dia (Muhammad s.a.w.)
secara tartil (bertajwid)
Ayat ini jelas menunjukkan bahwa Allah
s.w.t. memerintahkan Nabi s.a.w. untuk membaca Al-Quran yang diturunkan
kepadanya dengan tartil, iaitu memperindah pengucapan setiap huruf-hurufnya
(bertajwid).
Hadis
Rasulullah
أُنزِلَ كَمَا غَضًا القُرءَان يُقرَأُ أنْ يُحِبُ ثَعَالَى اللَّه إِنَّ
[
رِواه إِبن
جريمَة ]
Ertinya: Sesungguhnya Allah Taala menyukai hambanya yang
membaca Al-Quran bertetapan sebagaimana ia diturunkan.
Nun Sakinah
Huruf nun ( ﻥ )
yang bertanda sukun ( ﻥْ ) di atasnya, ia kekal sama ada dari segi
tulisan dan bacaan. Ia tetap wujud pada ketika menyambung atau mewakafkan
bacaan padanya. Ia juga terdapat pada pertengahan atau hujung kata kerja (اِسِمْ),
kata kerja (فِعِل), dan partikel/kata penyerta (حَرف).
Contohnya:



Nun
sakinah dapat dibahagikan kepada 4
bahagian

Izhar Halqi (حلقِي إِظهار)
Erti Izhar Halqi
BAHASA:
Nyata
dan terang
ISTILAH:
Menzahirkan
(menyatakan bunyi) nun sakinah atau tanwin yang bertemu dengan salah satu
daripada huruf daripada huruf halqi yang enam.
Hurufnya ada enam, iaitu:
ه ع خ ح غ ء
Contohnya

Cara Bacaan
Menzahirkan bunyi nun sakinah dengan lembut tanpa
dengung sambil mengangkat hujung lidah kelelangit keras, sebelum menyebut
huruf-huruf halqi.
Tambahan
Izhar Idgham
BAHASA:
Nyata
dan terang
ISTILAH:
Nun
sakinah yang bertemu و dan ي dalam satu kalimah.
Contohnya
الدُّ نْيَا ي
Ikhfa’ Haqiqi (حَقيقي إِخفاء)
Erti Ikhfa’ Haqiqi
BAHASA:
Menyembunyikan
ISTILAH:
Menyembunyikan
huruf nun sakinah apabila bertemu dengan salah satu daripada huruf ikhfa’ haqiqi.
Hurufnya ada lima belas, iaitu:
ك ق ق ظ ط ض ص ش س ز ذ د ج ث ت
Huruf-huruf
di atas terkumpul dalam ayat شَذٍّ ضَطَظٍ فَثِقْ صَدَّكَ سَتُجْزَ
Cara bacaannya ialah wajib di idghamkan
(disembunyikan) nun sakinah disamping dengung dengan kadar dua harkat tanpa
mengangkat hujung lidah atau pangkal lidah kelelangitsebelum menyebut huruf
ikhfa’.
Martabat Ikhfa’ Haqiqi
1. كُبرى
(tertinggi) : Iaitu ikhfa’ nun sakinah pada huruf “ط,د,ث”
2. وُسطى
(pertengahan) : Iaitu ikhfa’ nun sakinah pada huruf selain كُبرى
dan صُغرى.
3. صُغرى
(terendah) : Iaitu ikhfa’ nun sakinah pada huruf “ق,ك”

Contohnya

Idgham (إِدغام)
Erti Idgham
BAHASA:
Memasukkan
sesuatu ke dalam sesuatu
ISTILAH:
Memasukkan
huruf pertama yang bertanda sukun ( ْ ) kedalam huruf yang kedua yang berbaris dan
menjadi kedua-duanya satu huruf bersabdu dari jenis huruf kedua.
Huruf Idgham ada enam iaitu:
ن و ل م ر ي
Dan terkumpul dalam kalimah يَرْمَلُونَ
Apabila huruf nun mati ( ﻥ ) bertemu dengan salah satu huruf Idgham yang enam maka ia wajib
diidghamkan ke dalam huruf Idgham. Mengidghamkan nun sukun pada huruf idgham
yang enam, adalah kerana terdapat persamaan makhraj dan sifat pada huruf nun,
dan persamaan sifat dan berhampiran makhraj pada huruf mim, dan berhampiran
makhraj dan sifat pada huruf-huruf yang lain.
Idgham juga dapat dibahagikan
kepada dua iaitu
1. Idgham Ma’al Ghunnah
2. Idgham Bila Ghunnah
Idgham Ma’al Ghunnah (الغُنه معَ إِدغام)
Erti Idgham Ma’al Ghunnah
Memasukkan nun sakinah kepada salah satu huruf
Idgham Ma’al Ghunnah yang berada dalam dua harkat.
Juga dinamakan sebagai Idgham Naqis (ناقِص إِدغام)
yang bermaksud Memasukkan Secara Tidak Langsung.
Hurufnya ada empat iaitu:
ن م و ي
Ia terdapat dalam kalimah يَوْمَنِ
Contohnya:


Cara bacaannya:
Wajib dibaca dengung dengan kadar dua harkat.
Idgham bila Ghunnah (غُنه بِلا إِدغام)
Erti Idgham Bila Ghunnah
Memasukkan nun sakinah kepada salah satu daripada
huruf Idgham Bila Ghunnah.
Hurufnya ada dua iaitu
ر ل
Contohnya:

Cara bacaannya
Wajib diidghamkan iaitu dengan menghilangkan bunyi
nun sakinah itu kedalam huruf Idgham Bila Ghunnah di samping tasydid yang tegas
tanpa dengung.
Pengecualian
Terdapat pengecualian pada potongan ayat وَقِيۡلَ مَنۡ رَاقٍۙ [Surah Al-Qiyamah 75:27] kerana ianya wajib dibaca saktah.
Iqlab (إِقلاب)
Erti Iqlab
BAHASA: Menukarkan
ISTILAH: Menukarkan nun
sakinah kepada mim yang di ikhfa’kan (disembunyikan) serta dengung apabila
bertemu dengan huruf Iqlab.
Huruf Iqlab ada satu iaitu ( ب )
Contoh Iqlab

Cara bacaannya ialah wajib
didengungkan dengan kadar dua harakat secara ringan iaitu bibir mulut dibuka
sedikit ketika dengung.
x