Saturday, 9 June 2012


PENGENALAN
Tajwid
Dari segi BAHASA: Memperelokkan sesuatu
Dari segi ISTILAH: Ilmu mengenai membaca Al-Quran dengan elok dan sempurna berdasarkan hukum-hukum yang telah ditetapkan.
Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah. Manakala hukum membaca dengan bertajwid adalah fardhu ‘ain.
Dalilnya
Firman Allah SWT:
http://ilma95.net/images/tajwid/al-muzzammil4.gif 
[Surah Al-Muzammil 73:4]
Ertinya: Dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan/tartil (bertajwid) 
Firman Allah SWT pada ayat yang lain:
http://ilma95.net/images/tajwid/al-furqaan32.gif 
[Surah Al-Furqaan 25:32]
Ertinya: Dan Kami telah bacakan (Al-Quran itu) kepada dia (Muhammad s.a.w.) secara tartil (bertajwid) 
Ayat ini jelas menunjukkan bahwa Allah s.w.t. memerintahkan Nabi s.a.w. untuk membaca Al-Quran yang diturunkan kepadanya dengan tartil, iaitu memperindah pengucapan setiap huruf-hurufnya (bertajwid).
Hadis Rasulullah
أُنزِلَ كَمَا غَضًا القُرءَان يُقرَأُ أنْ يُحِبُ ثَعَالَى اللَّه إِنَّ
[ رِواه إِبن جريمَة ]
Ertinya: Sesungguhnya Allah Taala menyukai hambanya yang membaca Al-Quran bertetapan sebagaimana ia diturunkan.

Nun Sakinah
Huruf nun (  ﻥ  ) yang bertanda sukun (  ﻥْ  ) di atasnya, ia kekal sama ada dari segi tulisan dan bacaan. Ia tetap wujud pada ketika menyambung atau mewakafkan bacaan padanya. Ia juga terdapat pada pertengahan atau hujung kata kerja (اِسِمْ), kata kerja (فِعِل), dan partikel/kata penyerta (حَرف).
Contohnya:
idg_bila1
ikhfa_haq1
ikhfa_haq3
Nun sakinah dapat dibahagikan kepada 4 bahagian



Izhar Halqi (حلقِي إِظهار)
Erti Izhar Halqi
BAHASA: Nyata dan terang
ISTILAH: Menzahirkan (menyatakan bunyi) nun sakinah atau tanwin yang bertemu dengan salah satu daripada huruf daripada huruf halqi yang enam.
Hurufnya ada enam, iaitu:
ه             ع            خ            ح            غ            ء
Contohnya
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4qeGJJlcozM0MczX7ULm1hFY0ZHH7tNh9Hv3N1JIVQPLMW3hfVO1mrYGoebTwXCFk8vevPkOTX9OTqUQVrZvedi8UMXE6u3t7wlTfRipUttA6OGNjbWQz8s0emFJRoyhyphenhyphenxso2CXaRygc/s640/sakina.jpg
Cara Bacaan
Menzahirkan bunyi nun sakinah dengan lembut tanpa dengung sambil mengangkat hujung lidah kelelangit keras, sebelum menyebut huruf-huruf halqi.
Tambahan
Izhar Idgham
BAHASA: Nyata dan terang
ISTILAH: Nun sakinah yang bertemu و dan ي dalam satu kalimah.
Contohnya
الدُّ نْيَا     ي  


Ikhfa’ Haqiqi (حَقيقي إِخفاء)

Erti Ikhfa’ Haqiqi
BAHASA: Menyembunyikan
ISTILAH: Menyembunyikan huruf nun sakinah apabila bertemu dengan salah satu daripada huruf  ikhfa’ haqiqi.
Hurufnya ada lima belas, iaitu:
ك    ق    ق    ظ    ط    ض  ص  ش   س   ز    ذ     د     ج    ث   ت
Huruf-huruf di atas terkumpul dalam ayat شَذٍّ ضَطَظٍ فَثِقْ صَدَّكَ سَتُجْزَ
Cara bacaannya ialah wajib di idghamkan (disembunyikan) nun sakinah disamping dengung dengan kadar dua harkat tanpa mengangkat hujung lidah atau pangkal lidah kelelangitsebelum menyebut huruf ikhfa’.
Martabat Ikhfa’ Haqiqi
1.      كُبرى (tertinggi) : Iaitu ikhfa’ nun sakinah pada huruf “ط,د,ث
2.      وُسطى (pertengahan) : Iaitu ikhfa’ nun sakinah pada huruf selain كُبرى dan صُغرى.
3.      صُغرى (terendah) : Iaitu ikhfa’ nun sakinah pada huruf “ق,ك
https://encrypted-tbn1.google.com/images?q=tbn:ANd9GcSACIuy0OLeANxyUzNsJyYqzH-8SdJUqlzlD9fr4_J9jDoO0BgE2g
Contohnya
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQOJagf_UliJdAjQJONNtfU3Sb6fhCyFoFwUQqyQQUCRG8D8Cac1LjqYg9x7zxW-HL0SzQjco2uKxLtMpom2LxZENhu1pS1CW8mfgNTVKzRIX83Ph5mZHun5M_5trRZ5mZsLn1qBtDzjY/s1600/ikhfa2.png

Idgham (إِدغام)

Erti Idgham
BAHASA: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu
ISTILAH: Memasukkan huruf pertama yang bertanda sukun (  ْ   ) kedalam huruf yang kedua yang berbaris dan menjadi kedua-duanya satu huruf bersabdu dari jenis huruf kedua.
Huruf Idgham ada enam iaitu:
ن          و          ل          م           ر          ي
Dan terkumpul dalam kalimah يَرْمَلُونَ
Apabila huruf nun mati ( ﻥ ) bertemu dengan salah satu huruf Idgham yang enam maka ia wajib diidghamkan ke dalam huruf Idgham. Mengidghamkan nun sukun pada huruf idgham yang enam, adalah kerana terdapat persamaan makhraj dan sifat pada huruf nun, dan persamaan sifat dan berhampiran makhraj pada huruf mim, dan berhampiran makhraj dan sifat pada huruf-huruf yang lain.

Idgham juga dapat dibahagikan kepada dua iaitu
1.      Idgham Ma’al Ghunnah
2.      Idgham Bila Ghunnah







Idgham Ma’al Ghunnah (الغُنه معَ إِدغام)
Erti Idgham Ma’al Ghunnah
Memasukkan nun sakinah kepada salah satu huruf Idgham Ma’al Ghunnah yang berada dalam dua harkat.
Juga dinamakan sebagai Idgham Naqis (ناقِص إِدغام) yang bermaksud Memasukkan Secara Tidak Langsung.
Hurufnya ada empat iaitu:
ن                م                 و                ي
Ia terdapat dalam kalimah يَوْمَنِ
 Contohnya:
http://dc362.4shared.com/doc/lnRTUSne/preview_html_m7b03d09c.png
http://dc362.4shared.com/doc/lnRTUSne/preview_html_m4b45b11a.png

Cara bacaannya:
Wajib dibaca dengung dengan kadar dua harkat.



Idgham bila Ghunnah (غُنه بِلا إِدغام)

Erti Idgham Bila Ghunnah
Memasukkan nun sakinah kepada salah satu daripada huruf Idgham Bila Ghunnah.
Hurufnya ada dua iaitu
ر            ل
Contohnya:
http://dc362.4shared.com/doc/lnRTUSne/preview_html_26104b69.png
Cara bacaannya
Wajib diidghamkan iaitu dengan menghilangkan bunyi nun sakinah itu kedalam huruf Idgham Bila Ghunnah di samping tasydid yang tegas tanpa dengung.
Pengecualian

Terdapat pengecualian pada potongan ayat  وَقِيۡلَ مَنۡ؄ رَاقٍۙ  [Surah Al-Qiyamah 75:27] kerana ianya wajib dibaca saktah.


Iqlab (إِقلاب)

Erti Iqlab
BAHASA: Menukarkan
ISTILAH: Menukarkan nun sakinah kepada mim yang di ikhfa’kan (disembunyikan) serta dengung apabila bertemu dengan huruf Iqlab.
Huruf Iqlab ada satu iaitu ( ب )
Contoh Iqlab
http://binaalquran.files.wordpress.com/2011/01/contoh-iqlab.jpg?w=688&h=669
Cara bacaannya ialah wajib didengungkan dengan kadar dua harakat secara ringan iaitu bibir mulut dibuka sedikit ketika dengung.
x

1 comment: